DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, August 4, 2008

BIJAKNYA UMNO MENGOTORKAN POLITIK MALAYSIA - SIRI 3

Oleh : Tun Telanai
Assamu'alaikum wm.wrt,

Saya memohon maaf kepada para pembaca kerana lambat mengemaskinikan siri ke-3 ini. Kelambatan ini disebabkan masa tidak mengizinkan. Saya terlalu sibuk dengan kerja-kerja kemasyarakatan yang telah diprogramkan dan tugas-tugas rasmi yang terpaksa saya lakukan demi sebuah perjuangan untuk mendaulatkan Islam dan berusaha mengajak masyarakat kembali kepada nilai-nilai murni yang terkandung dalam al-Quran dan al-Hadith. Di samping itu, saya telah menukarkan ayat “mengcaturkan” kepada ayat “mengotorkan” sempena mengambil pendapat dari webmaster Tranungkite.net, saudara Songkok Putih.


Sebagaimana yang kita semua tahu, keadaan politik UMNO berada dalam keadaan terumbang-ambing, tidak ada haluan seperti yang telah saya sebut dalam siri ke-2 dulu. Jadi, UMNO terpaksa mencari jalan keluar iaitu dengan mengalih isu, mengalih perhatian agar rakyat, ahli dan para pemimpin UMNO tidak terlalu memberi perhatian atau kalau boleh melupakan terus masalah yang dihadapi oleh UMNO dan negara. Kepimpinan atasan UMNO takut menghadapi kebangkitan ahli-ahli UMNO akar umbi menentang pucuk pimpinan UMNO dan khususnya para pemimpin yang bercadang bertanding dalam UMNO pada Disember nanti. Sekiranya ini terjadi, maka kemelut dalam UMNO akan bertambah meruncing yang akan turut memberi kesan terhadap pentadbiran negara. Kerja-kerja mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar kepada isu rekaan bukanlah kerja-kerja luar biasa bagi UMNO. UMNO sering kali bertindak sedemikian rupa apabila ia menghadapi masalah besar.


Sebagai contoh, dalam dekad ini, UMNO pernah menghadapi masalah terbesar sehingga mahkamah mengisytiharkan UMNO itu haram dan terpaksa UMNO mendaftarkan semula menubuhkan UMNO Baru kesan daripada perebutan jawatan dalam UMNO pada tahun 1987. UMNO berpecah menjadi dua. Satu, UMNO Baru dipimpin oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad yang hanya menang jawatan Presiden dengan 43 undi mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah. Satu lagi, serpihan UMNO, parti SM46 yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh. Pada masa yang sama, MCA melalui Ketua Pemudanya, Lim Kim Sai, ketika itu seorang Menteri Karbinet mencabar ‘ketuanan orang Melayu’ kerana kedudukan politik orang Melayu ketika itu berada dalam keadaan lemah.


Seluruh pemimpin UMNO ketika itu seperti Ghafar Baba, Muhamad Muhd Taib, Najib Tun Razak [Ketua Pemuda ketika itu] dan ramai lagi mula bangkit mencabar MCA. Perhimpunan demi perhimpunan diadakan untuk membakar semangat orang Melayu supaya bangkit menentang kaum Cina. Peristewa ini sebenarnya diprogramkan supaya ketegangan di antara kaum berlaku bagi mewajarkan UMNO [baca:kerajaan] melakukan ‘Operasi Lalang’ menangkap dan mengISAkan secara borong terhadap para pemimpin pembangkang PAS dan DAP. Disamping itu, kemelut Melayu dan Cina ini memang diagendakan sebegitu rupa bagi membolehkan UMNO Baru memperkukuhkan kedudukan dan menenangkan suasana politik negara yang hangat ketika itu. Strategi itu nampaknya berjaya dan UMNO Baru berjaya dipulihkan dan kembali berkuasa sepenuhnya.


Begitu juga apabila negara ditimpa krisis kewangan pada tahun 1998, Soros dipersalahkan, bukan pentadbiran yang tidak tulus ketika itu yang dipersalahkan. Banyak contoh-contah kaedah seumpama ini dilakukan oleh UMNO. Buka balik lembaran surat khabar lama tentu para pembaca pasti akan terjumpa kerana kaedah ini paling popular diamalkan oleh UMNO ketika menghadapi masalah. Kerajaan dan UMNO senantiasa selamat kerana ramai rakyat Malaysia belum lagi mengenal huruf Alif, Ba, Ta.


Kaedah ini digunakan sekali lagi oleh Abdullah Ahmad Badawi bagi menutup kelemahan UMNO dengan menaikan harga minyak secara mengejut kerana sebelum itu Shahril Abdul Samad, Menteri Perdagangan Dalam Negeri mengumumkan harga petrol akan dinaikkan awal Ogos nanti. Tetapi dengan tiba-tiba, pada 4 Jun 2008, Abdullah mengumumkan bahawa kenaikan harga minyak global terus meningkat secara drastik sampai mencecah US$140 setong menyebabkan kerajaan [baca:Abdullah] terpaksa mengstruktur semula subsidi bahan api dengan menaikkan harga minyak petrol tempatan. Harga petrol di negara ini dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter seperti yang diumumkan pada 28 Februari 2005. Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58. Kini harga petrol global telah turun pada paras US$122 setong berbanding harga purata bagi Jun US$132 setong, dan kerajaan menanggung subsidi petrol sebanyak 64 sen seliter [http://www.malaysiakini.com/news/87152], tetapi kerajaan tidak menurun harga petrol seperti janjinya. Abdullah hanya memberi tahu harga runcit petrol akan diselaraskan berdasarkan harga pasaran dunia purata bulanan dan subsidi akan dikekalkan pada kadar 30 sen seliter mulai 1 September nanti.


Tindakan ini diambil semata-mata untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada masalah dalam UMNO dan negara. Abdullah mahukan seluruh lapisan rakyat bercakap dan memberi tumpuan mengenai kenaikan harga minyak. Biar rakyat marah asalkan beliau dan UMNO selamat. Semua kewajaran yang diberikan oleh Abdullah dalam menaikkan harga minyak itu, tidak boleh diterima pakai oleh rakyat di negara ini kerana terdapat tiga faktor. Pertama, kita adalah negara pengeluar minyak. Kita mengeksport minyak yang berkualiti tinggi dan kita mengimport minyak yang rendah kualitinya dengan pembayaran harga yang paling murah untuk kegunaan rakyat dalam negara ini. Di sini pun kerajaan telah melakukan satu kezaliman terhadap rakyat. Persoalannya, kenapa selama ini PETRONAS tidak pernah berusaha menjalankan R&D untuk kita memproseskannya sendiri, untuk kegunaan kita sendiri dan selebihinya baharulah kita mengeksport, sebaliknya PETRONAS ghairah sangat membuat pelaburan di luar negara.


Kedua, dalam kedudukan harga minyak ketika itu US$140 setong, dijangka PETRONAS akan memperolehi keuntungan bersih mencecah US$100 billion pada tahun ini. Tahun lalu, PETRONAS memperolehi keuntungan bersih sebanyak RM61 billion, setelah ditolak pemberian kepada kerajaan sebanyak RM67.6 billion. Pendapatan negara bukan sekadar bergantung kepada pendapatan PETRONAS semata-mata, tetapi pendapatan negara juga datang daripada banyak sumber. Sebenarkan kita adalah sebuah negara yang kaya, tetapi disebabkan kita memiliki para pemimpin yang kurop dan tidak ada amanah, maka rakyat terpaksa menanggung keperitan hidup. Kadar kemiskinan rakyat terus meningkat kepada 26 peratus tahun 2002 daripada tahun 1999 hanya 24.7 peratus sahaja. Dalam tempoh dua dekad, sebanyak RM326 billion duit rakyat lesap akibat perbuatan pemimpin yang rasuah dan tidak beramanah.


Dan ketiga, kekayaan negara khususnya pendapatan daripada PETRONAS tidak diurus secara cekap dan berhemah. Kerajaan menaikkan kadar perbelanjaan kepada 6.7 peratus pada tahun 2007 daripada 5.0 peratus tahun 2006, membelanjakannya kepada projek-prokjek mega yang tidak membawa keuntungan secara langsung kepada rakyat, tetapi sebaliknya terus kepada anak-menantu dan kroni-kroninya. Berdasarkan satu sumber, sejumlah RM5 billion kekayaan negara sekarang ini di bawah kawalan Kamarudin Abdullah, anak PM dan kroni-kroninya.


Abdullah sedar dengan kenaikan harga minyak sebanyak 40 peratus ini akan menyebabkan rakyat akan bangun dan bangkit menentang kerajaannya. Sekiranya beliau gagal mengawal kebangkitan ini, bertambah pula dengan masalah yang sedia ada, kemungkinan besar kerajaan pimpinannya akan jatuh dan Anwar Ibrahim yang mewakili PR akan mengambil alih kekuasaan daripada tangan UMNO. Jadi, bagi mengelak kejadian itu berlaku, beliau telah melaksanakan tiga perkara untuk ‘mengkambinghitamkan’ rakyat demi mempertahankan kuasa dan menyembunyikan masalah yang dihadapi oleh UMNO dan negara yang dibawah pentadbiranya serta masalah ahli dan pemimpin UMNO yang mulai hilang kepercayaan kepada beliau.


Abdullah menyedari perkara ini. Oleh itu, pakar-pakar strategis UMNO diarah merancang strategi bagaimana caranya untuk mengawal kebangkitan rakyat. Pertama, Abdullah sedar bahawa sebahagian besar rakyat dalam negara ini masih tebal dengan sistem feudalnya yang akan memberi taat setia tanpa berbelah-bagi kepada ketuanya tanpa banyak soal.


Golongan ini macam lembu pawah yang boleh dicucuk hidungnya dan boleh disembeleh bila-bila masa sahaja yang dikehendaki. Mereka dikurniakan otak, tetapi tidak mampu berfikir. Maka, Abdullah memperkenalkan rebet minyak yang kononnya boleh membantu meringankan bebanan rakyat akibat kenaikan harga minyak tersebut. Abdullah memang sedar, kebanyakan rakyat khususnya orang Melayu terutama di kampung-kampung boleh dibeli dengan duit-kupang sepertimana yang beliau lakukan dalam pilihan raya.


Bagi sekupang dua, secawan kopi, sebatang rokok, gula-kopi, beras dan kain batik-kain pelikat, habislah akal-budi orang Melayu kena beli. Mereka akan menyokong tanpa usul periksa lagi. Kaca pun golongan ini menyangka intan. Oleh itu, sebanyak RM5 billion diperuntukan bagi tujuan merasuahkan rakyat dengan kaedah yang lebih terhormat dan orang yang menerimanya pun rasa dihormati disebut ‘rebet’.


Setiap rakyat yang menggunakan kenderaan bermotor di bawah 1.5 cc diberi rebet minima RM150.00 dan maksima RM625.00. Setiap keluarga dihadkan lima buah kenderaan sahaja. Sebahagian besar rakyat terutama orang-orang Melayu di kampung-kampung tertipu dengan sandiwara ini. Melalui rebet tersebut, Abdullah berjaya mengambarkan kerajaan pimpinannya sangat prihatin terhadap kesusahan rakyat akibat kenaikan harga minyak.


Abdullah mempergunakan Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan. Berbuih mulut menerusi debat khas dengan Anwar Ibrahim pada hari Selasa, 15 Julai lalu mempertahankan kerajaan menaikan harga petrol ia bersifat global. Rakyat yang miskin yang hidup di kampung-kampung tidak sedar yang diri mereka telah ditipu. Pada pandangan kerajaan, harga seekur lembu lebih mahal berbanding dengan harga diri seorang manusia khususnya orang Melayu. Ditambah lagi dengan kegagalan PROTES mengadakan demontrasi menentang kenaikan harga minyak pada 6 Julai lalu, tidak mampu untuk menyedarkan rakyat sepertimana BERSIH lakukan pada 10 November tahun lalu. Tindakan BERSIH telah berjaya menyedarkan sebahagian besar masyarakat agar SPR melaksanakan sistem pilihan raya yang bersih dan adil, tetapi PROTES pada kali gagal kerana matlamatnya menjadi caca-merba.


Rebet petrol yang diperkenalkan ini menyebabkan seluruh rakyat menyerbu pejabat-pejabat pos di seluruh negara seperti ikan berebut-rebut umpan yang ditaburkan. Sebenarnya rakyat di kampung-kampung menerima rebet tidak seberapa, berbanding dengan orang kaya. Kebanyakan mereka hanya mampu milik satu atau dua motosikal sahaja. Katakanlah satu keluarga mampu memiliki lima buah motosikal, mereka hanya memperolehi rebet sebanyak RM750.00 . tetapi bagi golongan kaya, katakan mereka memiliki lima buah kenderaan di bawah 1.5cc, maka mereka mendapat rebet berjumlah RM3,125.00. Melalui strategi ini dengan mudah sahaja Abdullah dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap masalah dalaman UMNO dan masalah kerajaan pimpinannya.


Kedua, pakar-pakar strategis UMNO terus merancang dan mencipta isu demi isu supaya isu-isu yang dicipta itu terus mendapat perhatian rakyat. UMNO perlu mereka cipta isu yang boleh menimbulkan kontroversi dan polimik dikalangan masyarakat. Oleh itu, konspirasi dirancang untuk menjatuhkan imej Anwar Ibrahim dan seterusnya mengerhanakan matlamat PR untuk mengambilalih kuasa kerajaan pusat. Maka, dicetuskan tuduhan meliwat siri kedua ke atas Anwar Ibrahim melalui pelakon utamanya Saiful Bukhari Azlan. Pemuda gila ini pandai berlakon dan lakonannya begitu menyakinkan kerana ia diarah oleh seorang pengarah yang berpengelaman yang mana kos keseluruhan pembikinan filem ini ditanggung beres oleh sesorang yang berpengaruh dalam politik Malaysia dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.


Sekali lagi rakyat tertipu dengan sandiwara yang dimainkan oleh UMNO haprak ini. Kali ini payah bagi UMNO untuk menyakinkan rakyat bahawa Anwar adalah kaki liwat kerana pelakon utamanya seorang pemuda ‘gila’ yang diambil bekerja dengan PKR sebagai Pembantu Khas Anwar seorang pemuda ‘bodoh’ gagal di universiti, tanpa mempunyai pekerjaan tetap dan bukan dikalangan keluarga yang jutaan, tetapi mampu memiliki kondomonium bernilai jutaan ringgit. Ditambahkan pula ada bukti-bukti budak gila ini ada hubungan networking Najib Tun Razak, Timbalan PM dan kuncu-kuncunya bagi membalas dendam terhadap Anwar yang sering menimbulkan kes pembunuhan Altantuya Shaaribu khsusnya ketika berkempen di Ijok.


Bagi mengindahkan lagi jalan cerita filem ini, seperti biasa pelakon tambahan daripada pasukan polis perlu digunakan sepenuh, kemudian akan diikuti oleh Jabatan Peguam Negara dan Mahkamah. Sebagaimana yang dijangkakan, pasukan polis mulai bertindak mengulangi sejarah 1998, tetapi tidak sehebat tahun 1998 kerana mendapat perhatian antarabangsa dan juga daripada Abdullah sendiri yang menyebabkan jalan ceritanya sedikit terencat dan mengecewakan perancang utama filem ini. Tindakan pasukan polis ala-gestapo alias MOSSAD ketika menangkap Anwar [http://www.malaysiakini.com/news/86195] pada 16 Julai dan dibebaskan pada 17 Julai keesukannya dengan jaminan polis telah merencatkan jalan cerita ini selanjutnya.


Ditambah dengan laporan perubatan mengenai budak gila ini tidak diliwat [http://www.malaysiakini.com/news/86834] menyebabkan kes ini hilang keyakinan awam, walaupun Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Syed Hamid Albar menyatakan kes ini telah siap disiasat dan serahkan untuk tindakan lanjut Abdul Ghani Patail. Sekiranya kes ini melibatkan kes rasuah yang terkena kepada pembesar UMNO dan Pegawai Tinggi Kerajaan yang sebelum itu berkerja untuk UMNO 100%, Ghani pastinya akan mengeluar satu kenyataan ringkas menyatakan tidak ada bukiti-bukti kukuh untuk dibuat pendakwaan seperi yang berlaku terhadap Johari Baharom, Khalil Yaakob, Dr.Mohd Khir Toyo, Mohd Ali Rustam, Adnan Yaakob, Rafidah Aziz, Rahim Tamby Chik, Mohamad Muhd.Taib, S.Samy Vellu, Dr.Leong Ling Sik, Zulkifli Mohd. Noor, Musa Hassan, Mohd. Yussuf Yassin dan lain-lain lagi. Jadi, kita tunggu dan lihat kes ini seterusnya sama kes ini ada kes prima facei bagi membawa Anwar Ibrahim ke mahkamah yang nantinya yang menjadi pendakwa utamanya ialah Ghani sendiri.


Walau bagaimana pun, ia tetap memberi kesan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat [PR] sendiri. Diibratkan pada ketika ini kita sudah hampir dengan Putrajaya tetapi kita sudah tersesat jalan dan terpaksa berpatah balik. Sayang seribu kali sayang, dalam keadaan sedemikian, semua kita terpaksa bertungku-lumus dan membuang masa, tenaga dan kewangan bagi menumpukan terhadap isu ini yang tidak sepatutnya ia menjadi satu isu yang kita memberi tumpuan. Anwar terpaksa turun padang membuat road show ke seluruh negara untuk menjelaskan isu ini kepada rakyat. Kes ini akan menjadi bahan ujian, sama ada ia diterima rakyat atau tidak seperti yang dirancangkan bergantung kepada keputusan pilihan raya kecil d Parlmen Permatang Pauh, yang mana Anwar akan bertanding mempertahankan kerusi tersebut setelah isterinya berjaya mempertahankan selama empat penggal berturut-turut, walaupun ketika itu kedudukan PKR lemah tidak seperti kedudukannya sekarang.


PKR mesti menang walau dengan apa cara sekali pun. Kemenangan ini sangat penting bagi mencuntik semangat baru di kalangan ahli-ahli dan pendokong PR yang berada dalam dilema menghadapi pelbagai isu yang melanda PKR, DAP dan PAS yang bergabung dalam PR. Kemenangan ini juga akan memudarkan isu liwat ini dan ia akan menambah keyakinan rakyat terhadap PR untuk mengambilalih kuasa pada peringkat kerajaan persekutuan, kemudian diikuti di negeri-negeri yang kini diperintah oleh UMNO dan seterusnya mengambilalih pemerintahan daripada tangan UMNO yang dilihat sebagai pengkianat bangsa dan agama. Membentuk sebuah kerajaan yang amanah, adil, tulus dan berkebajikan untuk kepentingan semua kaum dan agama.


Kita amat sedih kerana dalam pilihan raya kecil itu sudah tentu segala sumber yang ada terpaksa digunakan untuk menepis isu liwat ini. Isu ini pasti dibawa ke situ dengan pelakon utamanya ialah budak gila itu bersama-sama Ezam Mohd Noor akan berganding bahu bersama-sama dengan para pemimpin UMNO dan BN lainnya. Kita akan terlepas peluang untuk memberi tumpuan sepenuhnya mendedahkan keburukan UMNO dan para pemimpinnya yang korup dan kenapa kita perlu menukarkan kerajaan yang ada ini kepada kerajaan pimpinan PR.


Setakat ini, UMNO hanya mampu memainkan psaikologi rakyat mengatakan di situ PKR kuat dan menjadi kubu PKR. Anwar akan menang dengan majoriti lebih besar. Ini merupakan helah UMNO sahaja supaya seluruh pekerja dan jentera parti dalam PR tidak bersedia sepenuhnya dan tidak berkerja bersungguh kerana mereka yakin mereka akan menang mudah. Ingat UMNO memiliki semuanya, yang kita dalam PR tidak milikinya. UMNO mampu membeli undi setiap pengundi yang seramai 58,449 itu dengan menggunakan pelbagai kaedah dan cara yang diamalkannya selama ini.


Jadi, strategi yang dirancang dan dimainkan [kenaikan harga petrol dan isu liwat] oleh UMNO setakat ini sedikit sebanyak berjaya mencapai matlamatnya. Ia berjaya melambat-lambatkan atau boleh menggagalkan terus cita-cita PR untuk mengambil-alih kuasa, tetapi ia bergantung bergantung sepenuhnya terhadap keputusan pilihan raya kecil tersebut. Satu kajian yang dibuat oleh Merdeka Center menunjukkan 55 peratus rakyat Malaysia tidak percaya terhadap tuduhan tersebut, hanya 11 peratus yang mempercayainya [http://www.malaysiakini.com/news/87115] dan populariti Abdullah dalam mentadbir negara ini semakin menurun [http://www.malaysiakini.com/news/87143].


Rakyat Malaysia pada umumnya sudah benci dan meluat melihat UMNO mengamalkan politik kotor terus memerintah negara ini. Mereka mahukan sebuah kerajaan yang bersih, kukuh dan kuat serta mampu menjaga kebajikan rakyat kesluruhannya. Di hadapan mata mereka sekarang ialah sebuah kerajaan di bawah pemerintahan Abdullah yang menyebabkan nasib rakyat bertambah menderita akibat kos belanja hidup melambung tinggi ke paras yang tidak munasabah.


Kajian yang dibuat oleh Merdeka Center itu tidak boleh diambil ringan oleh semua pihak terutama para pemimpn PR . Sebelum PRU ke-12 dulu, kajian seumpama ini dilakukan oleh Merdeka Center juga telah menunjukkan pengundi di kalangan kaum Cina dan India akan menolak UMNO/BN kerana mereka tidak berpuas hati dengan gaya pengurusan yang dilakukan oleh Abdullah, hanya orang Melayu mengikut kajian itu akan tetap bersama UMNO/BN. Apa yang didapati daripada hasil kajian tersebut menjadi kenyataan, UMNO/BN mengalami kekalahan paling teruk dan tidak berupaya mempetahankan majoriti 2/3nya di Parlimen.


Akan bersambung ke siri ke 4 : Apa agenda tersirat muzakarah UMNO-PAS.


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih.

1 comment:

Unknown said...

sorry, if it's irrelevant.

has the doctor back to work?
according to the hospital he shall be back on monday. any further news on him? is he really missing too?